Saturday, 27 September 2014

menu hari ini

Disebabkan lama dah dapur tak berasap, so lahirlah menu simple hari ini...

Ikan patin masak lemak tempoyak. Yang ni jiran rumah atas yang bagi 

kacang buncis goreng

Gulai ayam..Nyum..nyum 
Jemput tengok ya semua....




Thursday, 18 September 2014

Acara : Selawat Perdana KKB

Program Selawat Perdana
20/9/2014 8 malam
Mini Stadium Kuala Kubu Bharu
Semua dijemput hadir...

Wednesday, 17 September 2014

JJCM - Restoran Sulaiman KKB

Malam ni dinner kat luar. Kat kuala kubu bharu ni ada 3 kedai mamak yg umppp iaitu kedai sulaiman, fazlina maju dan muslim. so mlm ni makan kat kedai sulaiman.

Istimewanya kedai sulaiman ni dia ada nasi beriyani yang sangat sedap rasanya. Kalau time bulan puasa tu diorg akan menjual nasi beriyani daging, ayam dan kambing kat tapak pasar peladang kkb.

So malam ni just order roti kosong, mee goreng mamak , teh o ais dan teh o panas. Simple je order sebab sblm tu dh melantak bihun bakso kat rumah. Total burn RM 7.50..sangat murah.. Yang menariknya kat sini pelbagai bangsa bleh je duduk sama makan sama-sama borak sama-sama.. 1 Malaysia sangat..


Antara menu yang ada di sini


Kaunter nasi beriyani


Mee goreng mamak


JJCM - hari malaysia 2014

Alhamdulillah selamat sampai.. pergi dulu baru update blog..hehe

Seawal jam 9 pagi gerak dari KKB ke Kuang , balik rumah bonda ku.. Sampai2 ayahanda xde sebab dia join org surau pi mana ntah. Berborak la dgn bonda ku..

around 11.30 dapat wasap dari karl.oh ye karl ni member sekolah masa kat TTJ. Now dia warded kat Hosp Sg Buloh disebabkan kanser. So belikan barang2 yang dia pesan pastu hantar terus kat dia. Melawat dia kejap je sebab kawan dia sampai xlama tu nk melawat dia. So aku tetiba jadi segan (auwww pemalu) so terus mintak diri dari karl lepas tolong dia basuh cawan2 dia. Time ni husband aku dah tertido sekejap dlm kereta. Ngantuk sangat kot.

After that kami terus shoot to Kuala Selangor. Saja jalan2 sebab dah tau kalau balik rumah mesti membuta je pasangan laki bini ni..hahah. So dari hosp sg buloh kami masuk PLUS tros ke LATAR. Memula ingatkan nk pi mkn kat jeram tapi macam awal lg nk makan seafood so menghala la kami ke kiri terus ke kuala selangor.

Singgah solat zohor di masjid kat pekan kuala selangor. Alhamdulillah dapat berjemaah. Pastu kami terus ke Pasir Penambang. Kat sini lupa nk snap gambar sebab dah ghairah nk tgk ikan2 yang segar bugar. Disebabkan tak bawak cooler box (unplanned pun kan trip ni) so beli ikan bilis 1/2 kilo (ofcos yg dah berkopek -read as 'malas nk kopek') , sotong kering dan aneka ikan masin. So kat sini dah berhabis rm45 .

After that kami terus menghala ke arah tanjung karang. Masing2 dah lapar perut berbunyi sakan. Singgah makan kat Restoran Selera Kampungku. Restoran ni kat area Sungai Terap. Lokasi sebelum Sekolah Sungai Terap.




 Not bad jugak restoran ni. Lauk yang aku amik adalah Masak Lemak Kulit Lembu kot,Asam pedas ikan sembilang. Husband amik 2 jenis ikan bakar, pastu asam pedas ikan sembilang. Air teh o ais dan teh o suam. Total burn RM 18. CUKUP Murah dan sedap..

Habis mentekedarah, kami teruskan perjalanan menghala ke Sekinchan. Kat area sini kalau diperhatikan tepi jalan banyak gerai-gerai jual buah-buahan. So kami singgah kat salah satu gerai utk beli jagung 1 longgok dan beberapa biji mangga. Total Burn - RM 18 juga.


Selesai shopping buah kami teruskan lagi nafsu perabih petrol..kali ni terus ke Sungai Besar kemudian ambil simpang ke Tanjung Malim.. Balik ikut jalan lama.. On the way jalan ni ada Restoran Selera Rimba tapi tak singgah la sebab dah kenyang. Maybe next time punya projek. memang akan ke Kuala Selangor lagi sebab nak beli seafood kat pasir penambang. Sampai rumah hampir jam 5 petang..Mata dah kuyu..